" tak main lah muallimah bang, saya jumpa bidadari terus.. hehe "
- antara mesej arwah bersama seorang sahabatnya.. dan kini ia telah pun dimakbulkan -
Syahidnya Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam..
Iaitu anak sahabat ibuku...
Sehingga kini masih meninggalkan kesan buat semua..
Satu jasad yang tidak pernah aku kenali di mana-mana..
Terdetik rasa kagum pada seorang hamba.
Hidupnya hanya utk ALLAH ..
Siapa sangka di usia muda, tidak sakit tidak apa, dia dijemput ALLAH..
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Moga 'semangat' Al-marhum Ahmad Ammar terus hidup dalam diri.
Moga aku juga berjiwa khalifah, berhati hamba..
Al-fatihah buat Ammar..
"Mungkin dunia ini terlalu kotor untuk menampung jenazah mulia Ammar tapi apa kata nabi, apabila seorang hamba Allah yang soleh meninggal dunia, akhirat adalah suatu kerehatan kepada dia setelah kepenatan dia di dunia"
"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
(Al-'imran:185)
“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
– Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –
As-syahid Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam, moga dikau berbahagia bersama bidadarimu di 'sana'.. doakan aku jua mati dlm keadaan syahid. insyaALLAH
#hambaAllahyangdekatdengandirikunammunadakahakusepertinya
#upgradeyouriman
