Jika ditanya :
Apakah yang lebih indah daripada segunung emas dan sejuta permata ?
Apakah yang lebih indah daripada beribu mutiara di lautan ?
Apakah yang lebih indah daripada harta serta wang yang melimpah ruah ?
Jawabnya :
Keindahan itu terletak pada keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Jika ditanya :
Apakah akan rugi jika hidup dengan agama tanpa merasa nikmatnya dunia ?
Jawabnya :
Kenikmatan itu digantikan dengan reda-Nya.
Jika ditanya :
Apakah nikmatnya menyusahkan diri mencari selautan ilmu berjuang demi agama ?
Jawabnya:
Kerana inilah perjuangan sebenar yang menuntut aku mengorbankan segalanya kerana aku tahu indahnya kenikmatan di syurga daripada kenikmatan di dunia.
Aku mahu menjadi bintang yang cemerlang,
Hingga sinarnya menembusi lagit dunia,
Hingga izzah Islam akan kembali bersinar,
Seperti di zaman Rasulullah dan sahabatnya.
Walau aku bukanlah Saidatina Aisyah yang cerdas dan pintar,
Bukan juga Sumaiyyah Yang berjiwa perkasa,
Bukan juga Saidatina Khadijah yang mulia,
Bukan Khaulah dengan kuda dan pedangnya,
Tetapi..
Aku hanyalah wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita disebalik cintaku pada-Nya.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment